HIV AIDS

Angkara Nafsu Serakah Suami Durjana!

Apabila disebut tentang isu HIV/AIDS, ia sebenarnya bukan isu lapuk yang harus dipandang sebelah mata. Malah, tidak seperti penyakit bawaan virus lain, graf penyakit tersebut sentiasa menunjukkan kenaikan setiap tahun.

Menurut statistik 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesehatan Malaysia (KKM), seramai 94,841 orang telah dijangkiti HIV/AIDS. Angka tersebut, menurut pengiraan oleh UNICEF perlu didarab dengan 10. Walau bagaimanapun mengambil kira situasi setempat, di Malaysia jumlah tersebut hanya didarab dengan 5 dan ini bermakna hampir 0,5 juta rakyat Malaysia adalah pengidap HIV/AIDS. Bukan satu angka yang kecil!

Daripada jumlah tersebut 17,893 adalah di kalangan pengamal heterosexual dan 65,028 kes adalah disebabkan penyalahgunaan dadah (IVDU).

Tetapi yang lebih menakutkan ialah berlaku peningkatan ketara kepada wanita disebabkan oleh pasangan mereka (suami penagih dadah atau pengamal seks bebas).

Era Muslimah telah berkesempatan berziarah ke RUMAH SOLEHAH (RS), rumah perlindungan untuk pesakit HIV/AIDS dan bertemu bual Matron Fadzilah Abdul Hamid, pegawai Sumber Manusia dan Latihan (RS).

 

"Memang tidak dinafikan berlaku peningkatan ketara HIV/AIDS, dikalangan wanita. Kalau dahulu nisbah penghidap HIV/AIDS di antara wanita dan lelaki ialah 1:5 tetapi kini menjadi 1:4. Sebenarnya apabila kita bercakap mengenai isu HIV/AIDS ini, ia sebenarnya sangat kritikal. Ini kerana ia tidak seperti penyakit yang lain yang grafnya menurun. Malah kalau ada penurunan, ia bermaksud tiada kes baru dan bukannya menurun.

Hal ini disebabkan penyakit ini berkait dengan perlakuan manusia itu sendiri. Walau bagaimanapun terdapat peningkatan ketara terhadap pesakit wanita. Mereka mendapatnya daripada pasangan masing-masing (suami yang memang dijangkiti sama ada akibat dadah atau mengamalkan seks rambang) ataupun disebabkan tabiat seks mereka sendiri. Perlu diingat, penyakit ini mula dikesan sejak tahun 1986 di negara kita justru tidak hairanlah ia boleh tersebar dalam jangka masa 26 tahun itu".

Ditanya apakah punca utama penyebab merebaknya penyakit tersebut dikalangan wanita, Matron Fadzilah tidak menafikan ia sebenarnya berpunca daripada sikap, kurangny pendidikan agama serta keruntuhan institusi keluarga.

"Sebenarny ramai dikalangan kita masih mengambil sikap tidak peduli atau jahil berkaitan isu ini. Ramai yang berpendirian, 'saya sudah berkahwin justeru tiada apa yang perlu dirisaukan'. Sikap terlalu mempercayai pasangan walaupun pasangan tersebut diketahui terlibat dengan pengambilan dadah atau perlakuan seks rambang akhirnya akan memudaratkan diri sendiri.

 

Read more: HIV AIDS

Aspek penting dalam PENJAGAAN kesihatan Fizikal

PENJAGAAN kesihatan Fizikal

1. Menjaga kesehatan diri dan sekitar

2. Mengambil makanan seimbang dalam setiap hidangan

3. Mendapat rawatan perubatan

KANAK-KANAK & HIV

Rumah Solehah menyokong penuh Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Child). Perjanjian ini menggariskan empat pengelasan hak utama iaitu:

1. Kehidupan

2. Perkembangan

3. Perlindungan

4. Penyertaan

 

Penjagan kanak-kanak di Rumah Solehah juga merangkumi 6 aspek penting iaitu:

1. Penjagaan Fizikal

2. Penjagaan Psikososial

3. Penjagaan Emosi

4. Penjagaan Kognitif

5. Penjagaan Sosial

6. Penjagaan Moral

PENINGKATAN KEROHANIAN

Memberi peluang untuk merasai dan menikmati keindahan Islam dan Iman untuk mencapai kedamaian dan ketenangan yang hakiki.

Dari segi Saintifik, terbukti boleh meningkatkan kesehatan fizikal:

1. Sebutan Makhraj yang betul dalam pembacaan Al-Qur'an dapat menguatkan otot bahagian muka.

2. Khusyuk dan fokus dalam sholat serta sujud yang lama dapat memperbaiki sistem dalam badan.

3. Ruku' yang betul boleh menghindarkan diri daripada sakit belakang.

4. (Sholat dan Perspektif Sains).

Pembelajaran di beri dengan cara yang mudah dan mesra:

1. Di gabungkan dengan alunan bila dirasakan perlu, contoh "Do'a Iktiraf".

KESIHATAN MENTAL

PENGERTIAN:

1. Kebolehan menikmati hidup.

2. Dapat menangani tekanan dan stres dengan baik.

3. Kehidupan yang seimbang ; dalaman dan luaran.

4. Fleksibel.

5. Rasa terjamin dan boleh menggilap potensi diri.

6. Ada wawasan dan sentiasa ingin memperbaiki diri.