Siapa Kami
Rumah Solehah Mula beroperasi dengan memberi perlindungan kepada wanita di jangkiti HIV pada pertegahan tahun 1998 di bawah naungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia cawangan STD/AIDS.
Rumah Solehah juga adalah ahli Gabungan Majlis AIDS Malaysia. Pada awal tahun 2000, mula mengambil kanak-kanak mangsa HIV yang memerlukan tempat perlindungan untuk memulakan hidup.
Visi & Misi
VISI
Wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti dan kanak-kanak yang terkesan oleh HIV/AIDS dapat
diperkasa untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
MISI
Memberi penjagaan holistik kepada wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti dan kanak-kanak yang terkesan oleh HIV/AIDS bagi memenuhi keperluan fizikal, Psikologi, emosi, kognitif, soaial dan moral.
Komitmen
1. Menyediakan tempat tinggal yang selamat, bersih dan selesa.
2. Menyediakan makanan seimbang.
3. Memantau pengambilan ubat dan memastikan mendapat rawatan susulan berkala.
4. Memberi sokongan emosi dan peningkatan kerohanian.
5. Memastikan kanak-kanak mengikuti sukatan pembelajaran kebangsaan.
6. Mengasah potensi diri.