MENJAMIN KESIHATAN MENTAL DI RUMAH SOLEHAH:
1) Perancangan yang baik:
* Setiap kali bangun daripada tidur, muhasabah diri.
* Memberi keutamaan kepada perkara yang paling penting.
* Membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang.
* 'Begin with an end' (Bermula dengan satu penyudahan).
2) Kerja dengan Teratur:
* Sediakan satu sistem di peringkat awal.
* Ikut sistem yang disediakan.
* Laksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
* Nilai diri sendiri sebelum orang lain menilainya.
* Kepuasan bekerja dapat dinikmati hari demi hari.
* Kualiti kerja ditingkatkan dari masa ke semasa.
* Sentiasa berusaha untuk yang terbaik dan di iringi dengan do'a.
3) Hubungan Sesama Insan:
* Menghormati diri sendiri dan menghormati orang lain.
* Ada rasa malu (Iman), jikalau hilang malu boleh membawa maksiat.
* Berbudi bahasa, menjaga adab pertuturan.
* Sentiasa memperbaiki cara berkomunikasi.
Hits: 5811




