Sambutan Hari AIDS Sedunia Bersama MAC COSMETICS

Sabtu, 12/12/2015, Rumah Solehah Kanak-kanak Ampang.

Tahun ini, kita amat bersyukur sekali di mana MAC Cosmetics dengan kerjasama Malaysian AIDS Foundation memilih Rumah Solehah bagi meraikan sambutan Hari AIDS Sedunia 2015.

Kumpulan sokongan MAC Cosmetics dan MAF tiba di Rumah Solehah Kanak-kanak Ampang seawal jam 9.30 pagi bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik bagi penghuni kanak-kanak dan juga wanita.

 

Aktiviti yang di jalankan adalah seperti Cabaran Membina Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Kanak-kanak, staf MAC Cosmetics dan MAF di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan hanya kayu chopstick, lidi satay, getah, gunting dan pita pelekat untuk menyiapkan replika menara. Penghuni kanak-kanak dapat meyiapkan Menara Berkembar Petronas dan masa yang di tetapkan dan terus memenangi pertandingan ini.

Acara yang seterusnya yang di jalan kan ialah  pelbagai aktiviti menarik dan produktif dalam Sukaneka seperti Candy Crush Games, dan berlaro bersama Bola PingPong di dalam sudu.

Tidak juga ketinggalan buat penghuni dan staf wanita, mereka di sajikan dengan dua permainan iaitu menyolek rakan dalam 10 minit! Yang paling menyeronokkan ialah para peserta di berikan alat solek MAC Cosmetics yang memang terkenak dengan kualitinya yang tinggi. Pemenang menerima hadiah set alat solek yang cantik daripada MAC Cosmetics! Seterusnya, pemainan kedua juga memerlukan tahap kreativiti yang tinggi. Setiap kumpulan diberikan beberapa barang dekorasi dan memerlukan mereka menghias rakan sepasukan untuk menjadi pari-pari yang selamatkan dunia! Sunnguh gembira ibu-ibu dan staf yang hadir pada hari itu! Keriangan terpancar pada setiap wajah mereka!

Jamuan tengah hari di sajikan untuk semua. Menu nasi lemak dan lauk pauk yang lazat begitu menyelerakan buat semua.

Setelah berehat buat seketika, semua di kehendaki berhimpun untuk sesi perkongsian. Cik Fathiiah Hamzah, Projek Koordinator Rumah Solehah berkongsi sedikit sebanyak tentang latar belakang Rumah Solehah, persekolahan kanak-kanak, pemakanan kanak-kanak, isu berbangkit di kalangan remaja dan juga soalan di ajukan buat ibu-ibu yang Positif. Sesi yang begitu padat serta penuh dengan informasi. Banyak-banyak fakta-fakta yang berguna dan penting di kongsikan bersama.

Untuk pengetahuan semua juga, MAC Cosmetics adalah di antara produk kecantikan di pasaran yang menyokong penuh program membantu mereka yang hidup dengan HIV. Mereka juga mempunyai produk khas ‘VivaGlam’ di mana 100% keuntungan daripada jualan produk tersebut di salurkan kepada program membantu mereka yang hidup dengan HIV. Motto mereka sangat menarik dan amat terkesan sekali “ SETIAP HARI ADALAH HARI AIDS SEDUNIA DI MAC COSMETICS.

Selesai perkongsian daripada staf Rumah Solehah dan beberapa penghuni Rumah Solehah, MAC Cosmetics mengedarkan juga hadiah dan sumbangan kepada kanak-kanak Rumah Solehah iaitu persiapan persekolahan 2016 yang terdiri daripada dua pasang baju sekolah, sepasang kasut dan beg sekolah. Terpancar keriangan yang tak terkata buat anak-anak ini! Kami amat bersyukur sekali di atas sumbanagn yang diberikan!

Selaian daripada sumbangan persiapan persekolahan, MAC COSMETICS juga membantu dalam pemasangan sinki dan masalah paip tersumbat di dapur Rumah Kanak-kanak ini, Syukur untuk semua

Selesai sesi bergambar, majlis bersurai dalam pukul 2 petang.

Kami di Rumah Solehah berharap agar perhubungan ini dapat diteruskan lagi pada hari-hari yang akan datang. Amin

 

 

IMG_0596.JPGIMG_0351.JPGIMG_0353.JPGIMG_0355.JPGIMG_0370.JPGIMG_0379.JPGIMG_0388.JPG


AdmirorGallery 4.5.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Hits: 1955